BAHAN BUATAN DALAM PERINDUSTRIAN

1. APA ITU POLIMER SINTETIK
Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.

Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum.

Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.
2. GETAH SINTETIK
Getah sintetik [Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (bahan petroleumlah tu..) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia.

Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.
3. PLASTIK
Pernah tengok “plastic men”?. Sifat plastic men adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.

Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini.

JENIS PLASTIK TERMOPLASTIK PLASTIK TERMOSET
SIFAT

Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan.
Tidak tahan haba.

Boleh diacu hanya sekali sahaja.
Tahan haba.

CONTOH (KEGUNAAN)

Politena untuk membuat beg plastik.
Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau).
Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.

Bakelit untuk membuat soket elektrik.
Melamina untuk membuat pinggan mangkuk.
Gam Epoksi untuk membuat gam industri.

4. MASALAH PENCEMARAN
Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik.

Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta pembiakan nyamuk.
Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus.
Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula.
Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan bahan yang mudah “terbiodegradasi” (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.
Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

5. KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna.

Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s